YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

❥ My Followers

Friday, 26 April 2013

:)

Post hari ni mungkin agak menjengkelkan. Tapi aku percaya semuanya wujud kerana hati dan perasaan yg telah dikurniakan. Aku tak sempurna. Begitu juga yg lain. Tapi yg tidak sempurna ini pernah membahagiakan kau di satu masa dahulu. Walaupun sekarang semua berubah tp masih terpahat di memori segala hal yg terjadi. Aku lebih selesa menulis dari meluah. Apa yg ditulis lebih ikhlas dan apa yg keluar dri mulut itu kekadang nya madu yang manis indah tapi dijilat dengan kepahitan. Dan aku mungkin tidak pandai untuk berkata kata tapi aku yakin hati aku sentiasa menyatakan kebenaran yg terpahat di dalam jiwa. Indah nya percintaan. Ya memang indah jika kita memahami apa itu percintaan. Bercintalah dengan Nya sebelum org lain. Dunia hanya pentas lakonan semata-mata dan sementara. Cinta mana yg tak pahit. Bersedialah untuk merana dan bukan bahagia. Bahagia. Rasa yg kita rasa seperti menari di langit yang luas bebas indah dan ditemukan dgn peri. Kecewa? Rasa terjunam dari langit yg tinggi dan diukirkan batu nisan serta merta yg menempatkan hati yg kecewa. Siapa2 pun pernah merasa dikecewakan. Perkara biasa. Jangan pernah salahkan takdir. Aku pernah. Ya pernah. Tapi ku tanamkan dengan hasrat semuanya ketentuan takdir. Aku tidak pernah menyalahkan sesiapa. Berundurlah. Jangan membebankan yg sudah terbeban. Kebahagiaan akan dtg tanpa dicari. Ingat lah manis sentiasa ada selepas pahit bertamu. Aku redha dengan semua. Aku ikhlas. Ini sudah tertulis. Assalammualaikum

No comments:

Post a Comment